Sunday, January 8, 2012

Mencari yang hakiki


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

"Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu":

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.



Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

  • Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
  • Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
  • Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
  • Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
  • Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
  • Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
  • Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
  • Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

No comments:

Post a Comment

Pages