Thursday, November 4, 2010

di Hembus Ombak Tsunami...he3...

rentak jiwaku saat ini begitu slow motion...
tiada lagi bunyi drum yang rancak memekik di telinga..
hanya gesekan biola, merdu suara sang serunai di hembuskan bunyinya...
saat hati meruntun hiba kelukaan...

apa yang aku baca tak nampak di mata,
hanya linangan air jernih menitis satu persatu,
seakan mengerti ombak perasaan yang bergolak,
dihembus angin berbisa..

apa yang ku hafal makin pudar di minda,
hanya jiwaku yang bermain dengan kata-kata..
monolog lagi aku di kala pedih menerpa,
musuh hati dan jiwa, perasaan benci dan kecewa...

apa yang aku telaah seketika di ruang redup,
kini kurasa di awang-awangan,
pergi tanpa arah tujuan, saat tadi aku begitu memerlukan,
merudum hati, bertubi-tubi dugaan Mu datang,
menguji aku erti duka yang amat perit untuk aku lalui...

ujian yang mampu merebahkan aku jatuh tanpa bangun,
soal hati dan perasaan, penat, lelah, lelah, lelah...
itu aku rasakan, kerna aku tak mampu melawan semua itu..
soal hati dan perasaan, yang mampu bawa aku tenggelam dalam ombak bergelora
tanpa pasang dan surut, terus aku lemas, dan lemas tiada siapa yang mampu selamatkan lagi..

ingin aku menjerit sekuat hati...
berat beban rindu ini,
dan akhirnya aku tertimbus dalam rindu yang begitu berat...
yang selama ini aku tanggung seorang diri...
nyatalah hanya aku yang berangan-angan,
membina mahligai indah hanya ciptaanku..

Jangan jadikan aku terus hilang rindu,
jangan jadikan aku terus hilang kasih dan sayang,
jangan jadikan aku terus hilang kepercayaan pada sesiapa pun...
jangan jadikan aku terus hilang kepercayaan pada diri ku sendiri...
tetapkan iman ku, tabahkan jiwaku,
hanya padaMu aku berserah...
hanya padaMu......

Tuesday, November 2, 2010

I Still BeliEve


No, oh No.... Yeah, Yeah ... oh..
You look in my eyes and I get emotional inside
I know its crazy, but you still can touch my heart
And after all this time you think that I wouldn't feel the same
But time melts into nothing, and nothing's changed

I still believe
Someday you and me
Will find ourselves
In love again

I had a dream
Someday you and me
Will find ourselves
In love again

Each day of my life, I'm filled with all the joy I could find
You know that I,I'm not the desperate type
If there's one spark of hope left in my grasp,
I'm holding it with both
hands
Its worth the risk of burning, to have a second chance

No, no, no, no, no, no, I need you, baby
I still believe that we can be together, no
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again, Mmm..

I still believe
Someday you and me
Will find ourselves
In love again (Oh, baby, yeah)

I had a dream
You and me
Will find ourselves
In love again

I still believe (Ooh, baby, I do)
Someday you and me (Just give me one more try)
In love again

I had a dream (I miss your love)
Someday you and me
Will find ourselves
In love again

I still believe
Someday you and me(will find ourselves in love...)

Monday, November 1, 2010

"Saya SAYANG awak sangat2, awak tau tak??!!"

melaung2 plak hati aku hari ni, makin menjadi2..
geram tol, seksa pn ade, rimas lagi la yang amat..
duk terpekik terlolong macam mak cari anak tak balik2 time maghrib..
penat betul nak lawan..tak larat tau..
mulut pun berat sangat nak bagitau kat die..
sebab tu jadi camni..
jiwa lak duk meronta2..tak nak duk diam langsung..
macam baby nak kuar dari perut mak die..
aisshh...tak sabar2..
dah macam orang angau(dah memang sawan angau)..

yang tensionnya, time tengah syok, masyuk je study,
tup!!!!berdetik plak macam jam dinding tengah kira time kul bape..
tik tok tik tok...
ingatkan apela hati ni nak terlintas,
boleh plak die datang dalam bayangan,
ufhhh...ni dah dikira kes parah..
tak tenang dibuatnya..

dan paling tak sangka,
tiba2 pintu hati diketuk, ditendang2(macam bola sepak plakkan)..
dah bising2, buka la..
rupa2nya....
"saya SAYANG awak sangat2, awak tau tak???!!
perkataan ni yang datang bertamu kat pintu hati...
meraung sorang2..tak sape yang dengar..
puisi jiwang ala2 comel bermonolog dalam minda,
mengatasi bab2 yang baru nak menapak dalam fikiran...
"ya, dia tak tau, sebab awak tak bagitau dia"
bukan ego..tapi..................................................
aku sendiri tak pasti apa jawapannya...
apayang aku tau,

aku sayang sangat2 kat dia,

"aku xnak lepaskan dia, xkan lepaskan dia dan xsanggup lepaskan dia, xmungkin lepaskan dia..xnak kehilangan dia,dan xsanggup kehilangan dia..."

andai dah ditakdirkan dia bukan untukku, aku redha..
kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku...

Friday, October 29, 2010

Inikah Cinta Sejati?!

Bertamu lagi aku di ruangan yang terdampar penuh erti ini..bukan tinta, tapi hanya taipan huruf-huruf bersatu merungkai kata..apa lagi perlu aku ungkapkan? hanya sebaris kata kalimah cinta..
ya, aku jatuh cinta..hati aku meronta, diketuk berulang kali..
saat berlalu perkenalan itu, baru aku sedar kini aku hanyut dalam keikhlasan..


"aku mahu tapi malu"

itu lumrah kerana aku seorang wanita..

lelah aku melawan, perasaan yang begitu merimaskan..

hendak aku melaungkan pada laut,

ingin aku mencurahkan pada tanah,

mahu aku layangkan pada langit,
aku..
aku manusia biasa,
mampu aku berdoa hanya pada Allah swt..
dekatkan diriku, naluriku, jiwaku padanya..

begitu kuat cinta ini,

jauh aku merindui..

menggelupur ingin bertemu,
menatap hanya wajah nan hiasan,

mendengar lembut suara bagai kilat berdentum,

berbicara bagai hanya aku dan dia..


"Maaf"
ya, kerana maaf aku begini,
kerana maaf, jantung ku berdegup laju,

kerana maaf, hatiku diterkam rakus,

kerana maaf, cinta itu berputik lagi...

maaf itu mencetus saat romantis,

terharu aku kaku, terkedu aku rebah..

makin kuat aku rasakan,

meronta dalam diam,

melepas kata dalam bisu,
merungkai kasih dalam debu-debu rindu..


tak ingin kehilanganmu,
tak mungkin aku lepaskan..

tak mahu engkau jauh,
tak mampu untuk kecewa..

tak rela engkau pergi,
kerna tak bisa aku berdiri tanpa jejakmu...


Inikah "CINTA"

bukan cinta itu buta,

tapi cinta menghalang mata memandang..

Wednesday, October 27, 2010

Ayah...Mak....(Aku Rindu)


Aku rindu mak...em, my lovely mother..aku rindu ayah...my beloved father..

ingat kat mak dan ayah, yang jauh di mata... terkenang kenakalan dari zaman berhingus sampai dah besar panjang ni.. zaman sekolah, sampai dah ade kat IPT.. macam-macam peristiwa, pahit, manis, suka, duka... dulu mungkin aku tak mengerti apa-apa... tapi sekarang, bila fikirkan balik... aku terlalu nakal, hingga ibu berleter, marahkan aku, menangis... dan aku tahu itu tanda sayang...sayang ibu untuk seorang anak, kasih ayah untuk seorang pembela di akhir nanti...

aku kian dewasa menempuh hari-hari yang telah berlalu dengan menimba ilmu dan pengalaman..

aku mula sedar, betapa sukar memikul tanggungjawab seorang pemimpin, nakhoda untuk anak kapal yang begitu besar peranannya..


bila aku termenung sendiri, aku rasakan begitu kerdil,
lumpuh seketika saat hati aku merintih duka...
terbayang begitu suci wajah ibuku, begitu kasih wajah ayahku...

tidak rela melepaskan pergi, namun terpaksa..

sungguh berat dugaan yang mendatang,
ujian menguji kesabaranmu, hadir tanpa lelah, hilang hanya sementara, engkau tabah, benar-benar tabah..
seandai aku di tempatmu, pasti aku rebah tanpa arah...

ibu, ayah..besar pengorbananmu, walau segunung intan, selaut permata..

jasamu belum tentu terbalas..

aku hanya mampu mengutuskan doa, memohon kesejahteraanmu di dunia dan akhirat..

hanya mampu aku membuat engkau tersenyum, bahagia di saat melihat anak-anak berjaya...

merangkul sepenuh kasih sayang dan hormat padamu..



"Ya Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang, maha pemurah lagi maha mengasihani..Cucurilah rahmat dengan limpah dan kurniaMu, sejahterakan kedua ibu bapaku, dan ahli keluarga ku serta seluruh umat Nabi Muhammad SAW di dunia dan akhirat..murahkanlah rezeki mereka Ya Allah, bahagiakan mereka sehingga hujung nyawa..jadikan aku anak yang soleh/solehah untuk aku menabur budi ke atas kedua ibu bapa ku...Sesungguhnya tiada yang lain menggembirakan mereka, selama maruah dan harga diri mereka terjaga dari percikan kaca yang berbisa...Hanya padaMu ku bermohon segala keberkatan...Ya Allah"

My vViP



Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari

Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat

Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari

Mimpiku tak bererti sendiri



Monday, October 25, 2010

HiduP ni MemAng SengAl...TApi beSt giLer..

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang kita boleh berhubung..
Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata,
Dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih,
Takde hal.....
Sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas..
Tak payah keluar rumah tak payah nak bayar kerusi,
Tenung je skrin komputer,
Kletak kletuk je keyboard,
Kenal tak kenal belakang kira,
Risiko kita tanggung sendiri,
Kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga...

Kita meneruskan perjalanan hidup,
Mencari kawan.... teman..... dan rakan,
Untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada di hadapan kita...
Hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali...
Hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah PERSAHABATAN....

Cinta


Tiba-tiba je harini nak bercerita tentang cinta..bukan cinta yang berputik, tapi cinta yang telah lama lupus dari ingatan..lupus, pupus, bungkus..huhuhu..kisah silam, hanya kenangan. Mungkin tercalit kelukaan, tapi aku tahu ada seribu makna di sebalik hilangnya cinta itu. Dulu hanyut dalam melodi cinta, tapi kini aku kembali mencari erti cinta sebenar sebagai seorang insan yang bagi aku begitu kerdil di sisiNya, cinta yang abadi, luhur dan hakiki. Bukan lagi seribu, tapi sejuta hikmah di balik tirai yang dulu aku lemas dalam lembut sentuhan nafsu cinta pada manusia. Saat ini, aku terkenang dendangan syahdu bait-bait melodi yang tempiasnya terpercik di hatiku...

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak terulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati
Memujuk hati ini
Dan bila ku berhadapan
Teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan
Lama terpendam
Rasanya sudah terlewat
untuk ku terima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu
tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikitpun
Aku terima kasih dan sayangmu

Thursday, October 21, 2010

Dasyatnya Doa Seorang IBU....

Ibu,
Doanya adalah penawar,
Juga racun berbisa...
Ibarat tajamnya mata pisau,
Yang mampu melakar
Masa depan yang gemilang
Buat anak tercinta,
Juga dapat menghancurkan
Masa depan si anak derhaka...
(Syamsuddin Noor, PTS Millennia, 2009)

Doa ibu setanding dengan doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman.

Ibarat kisah Si Tanggang yang menderhaka, si anak yang begitu disanjung oleh seorang ibu yang naif. Ngeri matinya, menjadi batu kerana doa seorang ibu supaya membalas perbuatan si anak yang derhaka. Benar atau tidak bukan itu yang dikisahkan, tapi pengajarannya yang dititikberatkan.

Nabi Muhammad mengatakan, doa ibu untuk anaknya adalah doa yang mustajab. Ini kerana doa ibu mempunyai dua kekuatan iaitu kekuatan daripada kemuliaan orang tua dan kekuatan daripada daya ubah doa.

"Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu."(Surah al-Baqarah, ayat 83)

Sebaik-baik dirimu itulah sebaik-baik doa seorang ibu. Ibu yang lemah mengandungkan seorang anak, ibu yang sakit melahirkan, ibu yang mulia menyusukan sehingga berumur dua tahun. Kerana itulah kedudukan seorang ibu lebih mulia dari seorang bapa.

Hargailah selagi dia masih ada,
Berdoa dan Mohonkanlah keampunan untuknya,
Jadilah anak yang membanggakan kedua ibu bapa,
Nescaya doa mereka membawa kebahagiaan.....

Wednesday, October 20, 2010

Ketenangan

Apa yang aku cari?sedangkan ketenangan ada di dadaku..
Mana aku perlu carikan ketenangan?sedangkan ia sentiasa di hatiku..
Bila aku perlukan ketenangan?sedangkan ia selalu jadi penemanku..
Bagaimana?usahlah ditanya, kerana ketenangan itu paling mudah di cari berbanding mencari seorang teman..

"Al-Quran" penuh dengan segala penawar meleraikan segala kekusutan di fikiran..ya, di situlah ketenangan, ketenangan yang abadi yang belum tentu dapat di mana..

"Zikrullah"mengingati Allah SWT dan mendekatkan diri kepadaNya dengan lisan dan hati, (QS.Al Baqarah:152). ”Siapa yang ingin bersenang–senang ditaman syurga, perbanyaklah zikir”)
  • Basmalah(Bismillaahirrahmaanirrahiim) : diucapkan setiap memulai sesuatu
  • Hamdalah/Tahmid (Alhamdulillaah) : diucapkan setiap mengakhiri sesuatu
  • Istighfar (Astagfirullah) : diucapkan ketika melihat/mendengar sesuatu yang tidak diinginkan atau untuk memohon ampun
  • Hauqalah (Laa haula walaa quwwata illaa billah) : diucapkan ketika melihat/mendengar sesuatu yang dibenci
  • Al masyiah (Maasyaa Allah) : diucapkan apabila ingin mengerjakan sesuatu yang hebat atau ajaib.
  • Tahlil/Syahadah (Asyhadu Allaa ilaaha Illallaah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah) : diucapkan ketika memasukkan orang bukan muslim ke dalam agama islam/bacaan wajib bagi orang muslim didalam shalat.
  • Tasbih (Subhaanallah) : diucapkan ketika melihat atau mendengar kekuasaan Allah.
Tidak sukarkan mencari ketenangan..ingatlah sentiasa Maha Pencipta, kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

p/s: betulkan apa yang khilaf..

Tuesday, October 19, 2010

salam ukhwah..

aku masih baru di sini, mahu mengenal A, B, C. Mahu mengira 1, 2, 3..belum terlambat merebut peluang ini, tempat berkongsi bicara, meluahkan kata...


Pages