Bertamu lagi aku di ruangan yang terdampar penuh erti ini..bukan tinta, tapi hanya taipan huruf-huruf bersatu merungkai kata..apa lagi perlu aku ungkapkan? hanya sebaris kata kalimah cinta..
ya, aku jatuh cinta..hati aku meronta, diketuk berulang kali.. saat berlalu perkenalan itu, baru aku sedar kini aku hanyut dalam keikhlasan..
"aku mahu tapi malu"
itu lumrah kerana aku seorang wanita..
lelah aku melawan, perasaan yang begitu merimaskan..
hendak aku melaungkan pada laut,
ingin aku mencurahkan pada tanah,
mahu aku layangkan pada langit, aku..
aku manusia biasa, mampu aku berdoa hanya pada Allah swt..
dekatkan diriku, naluriku, jiwaku padanya..
begitu kuat cinta ini,
jauh aku merindui..
menggelupur ingin bertemu,
menatap hanya wajah nan hiasan,
mendengar lembut suara bagai kilat berdentum,
berbicara bagai hanya aku dan dia..
"Maaf"
ya, kerana maaf aku begini,
kerana maaf, jantung ku berdegup laju,
kerana maaf, hatiku diterkam rakus,
kerana maaf, cinta itu berputik lagi...
maaf itu mencetus saat romantis,
terharu aku kaku, terkedu aku rebah..
makin kuat aku rasakan,
meronta dalam diam,
melepas kata dalam bisu,
merungkai kasih dalam debu-debu rindu..
tak ingin kehilanganmu,
tak mungkin aku lepaskan..
tak mahu engkau jauh,
tak mampu untuk kecewa..
tak rela engkau pergi,
kerna tak bisa aku berdiri tanpa jejakmu...
Inikah "CINTA"
bukan cinta itu buta,
tapi cinta menghalang mata memandang..
ya, aku jatuh cinta..hati aku meronta, diketuk berulang kali.. saat berlalu perkenalan itu, baru aku sedar kini aku hanyut dalam keikhlasan..
"aku mahu tapi malu"
itu lumrah kerana aku seorang wanita..
lelah aku melawan, perasaan yang begitu merimaskan..
hendak aku melaungkan pada laut,
ingin aku mencurahkan pada tanah,
mahu aku layangkan pada langit, aku..
aku manusia biasa, mampu aku berdoa hanya pada Allah swt..
dekatkan diriku, naluriku, jiwaku padanya..
begitu kuat cinta ini,
jauh aku merindui..
menggelupur ingin bertemu,
menatap hanya wajah nan hiasan,
mendengar lembut suara bagai kilat berdentum,
berbicara bagai hanya aku dan dia..
"Maaf"
ya, kerana maaf aku begini,
kerana maaf, jantung ku berdegup laju,
kerana maaf, hatiku diterkam rakus,
kerana maaf, cinta itu berputik lagi...
maaf itu mencetus saat romantis,
terharu aku kaku, terkedu aku rebah..
makin kuat aku rasakan,
meronta dalam diam,
melepas kata dalam bisu,
merungkai kasih dalam debu-debu rindu..
tak ingin kehilanganmu,
tak mungkin aku lepaskan..
tak mahu engkau jauh,
tak mampu untuk kecewa..
tak rela engkau pergi,
kerna tak bisa aku berdiri tanpa jejakmu...
Inikah "CINTA"
bukan cinta itu buta,
tapi cinta menghalang mata memandang..