Thursday, October 21, 2010

Dasyatnya Doa Seorang IBU....

Ibu,
Doanya adalah penawar,
Juga racun berbisa...
Ibarat tajamnya mata pisau,
Yang mampu melakar
Masa depan yang gemilang
Buat anak tercinta,
Juga dapat menghancurkan
Masa depan si anak derhaka...
(Syamsuddin Noor, PTS Millennia, 2009)

Doa ibu setanding dengan doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman.

Ibarat kisah Si Tanggang yang menderhaka, si anak yang begitu disanjung oleh seorang ibu yang naif. Ngeri matinya, menjadi batu kerana doa seorang ibu supaya membalas perbuatan si anak yang derhaka. Benar atau tidak bukan itu yang dikisahkan, tapi pengajarannya yang dititikberatkan.

Nabi Muhammad mengatakan, doa ibu untuk anaknya adalah doa yang mustajab. Ini kerana doa ibu mempunyai dua kekuatan iaitu kekuatan daripada kemuliaan orang tua dan kekuatan daripada daya ubah doa.

"Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu."(Surah al-Baqarah, ayat 83)

Sebaik-baik dirimu itulah sebaik-baik doa seorang ibu. Ibu yang lemah mengandungkan seorang anak, ibu yang sakit melahirkan, ibu yang mulia menyusukan sehingga berumur dua tahun. Kerana itulah kedudukan seorang ibu lebih mulia dari seorang bapa.

Hargailah selagi dia masih ada,
Berdoa dan Mohonkanlah keampunan untuknya,
Jadilah anak yang membanggakan kedua ibu bapa,
Nescaya doa mereka membawa kebahagiaan.....

No comments:

Post a Comment

Pages